Tuesday, November 25, 2008

Penglibatan Akma Suriati dlm bidang Teater

Pengelibatan saya dengan bidang seni ini sejak dibangku sekolah rendah lagi.Sewaktu saya darjah empat saya pernah terlibat didalam persembahan tarian untuk menyambut ketibaan Datuk Musa Hitam ke Sekolah Kebangsaan Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu.Pernah juga menjadi ketua penyanyi Boria untuk persembahan hari Guru.

Bila sudah ke sekolah menengah pula terlibat dengan Teater Seorang Pahlawan sebagai pembantu set dan props untuk pentas. Yang peliknya pada asalnya cita-cita saya adalah menjadi seorang pelukis tapi bila ke sekolah menengah pula saya mengambil aliran sains yang tidak mempelajari mata pelajaran lukisan.Disini ,cita-cita beralih untuk menjadi seorang saintis tapi saya masih menyertai pertandingan lukisan yang diadakan.Selesai SPM apabila hendak memohon UITM (ITM) di bahagian Art & Design, saya menghadapi masalah kerana tidak mengambil mata pelajaran Lukisan maka terpaksalah saya mengambil semula SPM dengan menambah mata pelajaran Lukisan.

Setelah mengetahui keputusan SPM saya memohon kembali untuk memasuki UITM, syukur kepada Allah saya telah berjaya memasuki School Art And Design di Shah Alam pada tahun 1987. Selama setahun saya berada di freedip sebelum kita memasuki jurusan yang dikehendaki.Pada mulanya saya ingin memohon Fine Art tetapi telah dinasihati oleh pensyarah supaya saya memilih fesyen kerana saya suka memakai pakaian yang agak pelik ketika itu .Baik dari segi fesyen dan juga warna-warna yang berani.

Saya amat berterima kasih kepada mereka dan memasuki jurusan Fashion Design.Semasa part Two maka bermulalah pengetahuan tentang kostum apabila kembali Professor Najib Noor dari luar negeri dan mengajar .

Pengetahuan tentang kostum ini telah menimbulkan cita-cita saya untuk menjadi seorang Costume Designer . Saya sering membantu Professor Najib Noor didalam pementasan yang dibuat diluar UITM untuk projek amal dan sebagainya dibawah Syarikat Centre Stage.Di Cantre Stage ini membuka minda saya bahawa bidang ini amat luas sekali..Dan saya meneruskan cita-cita saya tanpa menoleh kebelakang..terus bergerak melawan arus seni yang sering bergolak dan penuh dengan cabaran.

Setelah tamat belajar di Uitm ,saya berkerja di Indah Reka Butik di Bangsar Shopping Centre ketika itu pakaiannya yang selalu dipakai oleh Wan Zaleha Wan ,pengacara terkenal ketika itu,untuk progrmme Selamat Pagi Malaysia di TV3.Berkerja hanya selama 6 bulan sahaja ,saya mengambil keputusan untuk membuat perniagaan sendiri dengan mempunyai sebiji mesin jahit industri, sebiji mesin jahit tepi dan sebiji mesin jahit sulam.

Perniagaan saya bermula di sebuah pangsapuri di Pandan indah.Maka bermulalah perniagaan saya membuat kostum.Pada mulanya ada beberapa orng lecture saya tidak yakin dengan keputusan saya , mereka pernah berkata ini Malaysia bukannya Hollywood, mesti tak boleh cari makan punya.....tapi.. alhamdulilah saya masih bertahan hampir 20 tahun .

Theatre yang pernah saya terlibat ialah ;

1-Theater Merong Mahawangsa ( Raja Bersiong) 1988 - Set dan prop under Centre Stage.
2-Theater Nostalgia Laguku ,Park Royal 1989 - Wodrobe under Centre Stage.
3-Theatre Malam Kenangan Mustapha Noor 1990 - wardrobe under Centre Stage.
4-Theatre Suara Rimba ,Matic 1993 - costume maker
5-Theatre Skin Trinology 1995 , Krishen Jit, Balai Seni Lukis Lama - Costume Designer
6- Theater Kanak-Kanak Lagenda P Ramlee , Matic 1996 , Siti Hajar - Costume Designer
7- Theatre dari Bintang ke Bintang, Matic 1998 , Fauziah nawi - Costume Designer.
8.-Theatre Jejak Pahlawan,Kalid Salleh, Matic ,1998 - Costume Designer
9. Theatre Landasan, DBKL ,1999- Costume Maker.
10-Theater Puteri Setubung,Philharmonic 2000- Petronas- CD
11- Theater Makyong ,Philharmonoc 2000 - Petronas- CD
12-Theater Siti Di Alam Fantasi , Istana Budaya ,2000 - Aminah Rapor-CD
13- Theatre Hanuman , Piharmonic , 2000 - Petronas- CD
14-Theater Puteri Gading Bertimang, Philharmonic, 2001 -Petronas -CD.
15- Theater Nunsence, Actor Studio , Richrd Harding Gardener and wife 2001- CD
16- Theater Reative Speaking, Actor Studio,Richard Harding and wife 2001 - CD
17-Theater Mek Mulung,phiharmonic, 2002- petronas- Costume maker.
18 Theater Dang Anum, Istana Budaya,2002 -Costume maker.
19 Theater Charlies Aunty, Actor Studio,Richard Harding and wife,2002 -CD
20-Theater Mahsuri ,Philharmonic,2003 -Petronas , Costume Maker. (CM)
21-Theater Demang Daun Lebar , Philharmonic 2003- Petronas ,Costume Maker.
22-Theater Spring In Kuala LUmpur ,Japan Foundation, Costume Designer ( CD)
23-Theater Awang Sulong Merah Muda ,Philharmonic,2004- Petronas ,Costume Maker
24-Theatre Demi Zaiton,,Datuk Nordin Hassan,2004- DBP,Costume Designer.
25- Theatre SiPemakan Hati,SQ Production,2004- DBp, CD
26 -Theatre Atap Genting Atap Rumbia, Marlia Musa ,ASK,2004 -Costume Maker.
27- Theatre Tok Rimau,Stefani, Fauziah Nawi, 2004 - Costume maker.
28- Theatre Si Bunga Raya ,Seafield School,2004- Costume Designer.
29- Theatre Lion King (Konig De Lowen),Hamburg,Germany 2oo5- Costume Department
30-Theatre Puteri Gunung Ledang Musical ,Efiniti, IB,2006 - Costume Designer

1 comment:

GUiKP said...

Mak Su
Satu hari nak ajak Mama dan Papa pergi studio Mak Su untuk tengok koleksi-koleksi busana.
Elham, Ainaa dan Arman

Akma Costume

Followers